Adalah menjadi prosedur standard di mana semua tuntutan potongan gaji dihantar awal mengikut tarikh akhir yang ditetapkan oleh majikan. sekiranya penyelesaian penuh dibuat selepas tuntutan dihantar, akan berlaku potongan terakhir.
I.Destinasi Sdn. Bhd. (IDSB) dan wakil berdaftar kami TIDAK mengenakan sebarang caj konsultansi bagi setiap permohonan pembiayaan peribadi. Ini termasuk konsultansi sekiranya anda bercadang membuat penyatuan pinjaman.
Sekiranya anda sedang memohon dan ejen yang menguruskan permohonan anda mengenakan sebarang caj, terus buat aduan kepada pihak kami di talian=>-
info@idsb.com.my atau 03-4023 2266
Soalan
Popular
1. Status yang layak memohon pembiayaan?
kakitangan awam persekutuan
kakitangan awam negeri**
kakitangan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) terpilih**
warganegara Malaysia
berumur minimum 18 tahun dan maksimum 58 tahun semasa tamat tempoh pembiayaan
pendapatan bulanan tetap minimum RM1,500 termasuk elaun tetap
2. Bagaimanakah saya boleh mendapatkan penyata penyelesaian awal?
Sila e-mel kami untuk mendapatkan penjelasan berkaitan penyata penyelesaian.
3. Saya telah membuat penyelesaian penuh, bilakah potongan saya akan dihentikan?
Potongan gaji akan dihentikan/ditamatkan selepas 1-3 bulan dari tarikh pembayaran dilakukan, tertakluk pada terma dan syarat.
Penafian : I.Destinasi Sdn. Bhd (IDSB) tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kehilangan data atau
kerugian yang berlaku disebabkan penggunaan portal ini.